10/31/2013

Struktur Sistem Kewangan Islam di Malaysia

Struktur sistem kewangan Islam di Malaysia adalah selari dengan sistem konvensionalnya. Struktur sistem kewangan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua sistem iaitu sistem perbankan dan sistem pengantara kewangan bukan bank. Sistem perbankan pula terdiri daripada institusi kewangan dan institusi bukan kewangan.  Di Malaysia, institusi kewangan terdiri daripada Bank Negara Malaysia dan bank-bank perdagangan termasuklah bank Islam. Sementara institusi bukan kewangan terdiri daripada bank-bank saudagar, syarikat-syarikat kewangan dan rumah diskaun.

            Tiga asas utama yang perlu dipenuhi dalam membangunkan sistem kewangan Islam ialah pertama, sistem kewangan Islam mestilah menghindari daripada aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan riba. Kedua, semua aktiviti pelaburan mestilah mengikut lunas-lunas dan prosedur yang telah digariskan dalam kontrak mu’amalah seperti kontrak Bay’ dan Ijarah. Seterusnya, sistem kewangan Islam mestilah berasaskan penyertaan dalam proses pengeluaran bukannya perniagaan secara hutang. Ini bererti bank-bank Islam menyertai dalam aktiviti-aktiviti pengeluaran sama ada sebagai pelaksana projek ataupun menjadi rakan kongsi dalam projek tersebut.[1] Rajah 1 dibawah merupakan Struktur Sistem Kewangan Islam di Malaysia:


Rajah 1: Struktur Sistem Kewangan Islam Malaysia[2]






Rujukan:
[1] Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
[2] Islamic Banking and Finance Institute Malaysia

No comments: