6/22/2012

Ayuh kita bangunkan ekonomi Umat Islam!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama rasanya tidak menulis di blog ini. Terdetik hati ini untuk berkongsi pengalaman berjumpa dengan salah seorang insan istimewa dalam hidupku. Hari ini, 22 Jun 2011 (lebih kurang pukul 6.30 p.m) aku telah berjumpa dengan Kak Maslia Mohamad  setelah 7 tahun kami tidak berjumpa. Gembira dan teruja rasanya bila dapat berjumpa. Alhamdulillah, Allah izinkan kami menyambung semula ukhwah ini. 

Kak Maslia telah membuka minda aku bahawa sebagai umat Islam, kita harus membangunkan ekonomi kita. Jangan biarkan orang lain memandang bahawa umat Islam ini mundur, miskin! Kak Maslia telah mengajar aku bagaimana untuk melabur emas. Sebelum ini aku sedar tentang pelaburan emas, kelebihannya, kepentingannya... Tetapi aku berfikir bahawa kita perlu mempunyai wang atau modal yang banyak, baru boleh melabur emas. Tambahan pula aku tiada pengalaman dan tidak pandai bagaimana caranya. Jadi, aku rasa takut untuk melaksanakannya.

Rupa-rupanya aku silap! Kita boleh bermula dengan modal yang sedikit. Itu lebih baik! Kita belajar dan fahami dahulu selok-beloknya... Kita mahirkan dahulu bagaimana untuk mengimplementasikannya. Sangat mudah rupanya.. Hanya dengan tebus gadai di al-Rahnu.. Namun begitu, aku perlu mendapatkan bimbingannya sebelum memulakan langkah... Aku bersyukur kerana Allah telah menemukan aku dengan Kak Maslia dan mengajar aku ilmu yang tidak boleh didapati di dewan kuliah ini melalui Kak Maslia, Alhamdulillah...

Ayuh umat Islam! Mari kita sama2 membangunkan ekonomi kita...

No comments: