1/16/2012

Istikharah

YA Allah, Kau Maha Mengetahui segala rahsia isi alam... Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku berbanding diriku sendiri. Aku mohon petunjukMu dalam menentukan nasib masa depanku.. kerana aku yakin bahawa pilihanMu adalah yang paling baik. Aku mohon, kau campakkanlah jawapan yang telah kau pilih ke dalam hatiku agar aku memilih sesaui dengan pilihanMu.. Agar aku tidak memilih selain dari pilihanMu.

Ya Allah, aku mohon.. Setelah aku memilih keputusan ini, Kau redhai dan berkatilah perjalanan hidpku... Kau pimpinlah aku... Kau mudahkanlah aku...

Aku hanya berpegang pada firmanMu bahawa Kau tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia mengubah nasib dirinya sendiri...

Aku ingin mengbah nasib diriku... Kau bantulah aku, Ya Allah....

No comments: