3/26/2010

Qudwahku....

Seringkali aku terfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi.

Kenapa kita mudah benci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tak memahami,
mudah terguris bila diri kita dinasihati.

Ayuh kita teruskan mujahadah!
agar segala yang indah menghiasi peribadi,
kerana qudwah kita adalah Nabi,
kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki...

terima kasih sahabatku Dalila kerana x jemu memberiku kata2 semangat...

No comments: