3/23/2010

Kisah Monyet...

Pagi tadi, saya ada membaca sebuah kisah tentang seekor monyet. Kisah ini telah diceritakan oleh sahabat saya melalui YM... ceritanya agak lucu.... dan saya ingin berkongsi kepada semua kerana ada pengajaran yang boleh diambil....

Ada seekor monyet yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Maka, semakin kuatlah sang monyet mendakap pokok itu. Akhirnya, monyet itu berjaya menghadapi malapetaka itu dan berjaya menahan dirinya dari terjatuh...

Pada waktu yang lain pula, sedang sang monyet berehat di atas pokok, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa meniup kawasan peristirehatan sang monyet itu. Sang monyet semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dan dekapannya pada dahan pokok semakin longlai dan akhirnya sang monyet tumpas.

Pengajarannya, jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan.. Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tidak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan... sekian......

No comments: